Pages

Friday, December 18, 2009

Kumpulan humor 195

(joke) Mati ketawa ala Malaysie...

HanDPhoNe
Atas
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan*) di salah sebuah kelab ekslusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym.. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawab panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut..

Laki: "Hello?"
Pompuan: "Abang, nie sayang nie,"
Laki: "emmm . . "
Pompuan: "Abang masih ada di kelab lagi ke? "
Laki: "iya."
Pompuan: "sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru ... . cantik bang, Boleh ke sayang beli?

Laki: "Berapa harga nya?"
Pompuan: "Cuma $1500.00 aje"
Laki: "O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat"
Pompuan: "Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price ... lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu.."

Laki: "Berapa harga yang dia bagi?"
Pompuan: "Cuma $280,000 ..."
Laki: "O.k tapi pastikan harga tu dah on the road."
Pompuan: "Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi..."
Laki: "Apa?"

Pompuan: "Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.. pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu.. sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang ,berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang. . "

Laki: "Berapa harga yang mereka minta?"
Pompuan: "Cuma $740,000... o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.." Laki: "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?" Pompuan: "OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You!!!"

Laki: "Bye... I Love you too . . "
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone... sambil mengangkat tangan dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:
Laki: "ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?"

*) Terjemahan :
Bilik persalinan = Ruang Ganti (pakaian) -- Bandar = Kota -- Gym = Ruang olah raga (fitness) -- Bilik = Ruang/ kamar -- Perbualan = percakapan -- Pompuan =Perempuan / Cewek -- Jurujual = Salesman -- Semak = Lihat / periksa -- Pejabat =Kantor/ Perusahaan -- Ejen Hartanah = Agen Real Estate

JaNdA 18 TAhUn!!
Atas
Alkisah...ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung. Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda setelah kematian isterinya. Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah *) isterinya, ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi.


Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya, manala tau kekawannya ada calon yg sesuai. Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn.

Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya. "nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat. "kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn, rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat. "



Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ?? aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi. ' Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul kau boleh jalankan..tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang.

Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat." kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap" janji Usin kepada Amat.

Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat, hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru, Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya berisi wang RM500 pemberian Amat. Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui bersama isteri barunya nanti.

Sampai saja di rumah pengantin perempuan, Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi. Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar. Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya.

Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin untuk upacara membatalkan air sembahyang. Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya dengan senyuman yang sungguh menggoda.

Amat mulanya merasakan itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat, baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan seorang janda muda 18thn.

"Usinnnnnnnnnn!!!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar mencari Usin.Usin yang ketika itu sedang menjamu selera terkejut beruk mendengar jeritan Amat.

"Kau tipu aku Sinnnn!!!" jerit Amat sambil mencekik leher Usin. "Tipu apa plak???" tanya Usin bingung. "Kau kata 18thn!!!!" balas Amat."La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...tapi dia dah menjanda 18thn!!!" . " Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu!!!!!!!!"

*) Terjemahan :

Arwah = Almarhumah -- Merisik-risik = membicarakan -- Beria-ia =bersungguh-sungguh -- Hensem = Tampan (asal kata Handsome-Inggris) -- Membodek =menggoda -- Bagi = kasih/ beri -- Tak payah = tak perlu -- Segak = Gagah --
Kocek = Kantong -- Kompang = sejenis rebana -- Majlis = Acara -- Menjamu selera= Makan enak


Indo community

0 comments:

Post a Comment

Terima Kasih Telah Memberikan Waktu dan Komentarnya
Thanks for your feedback